Tuesday, April 24, 2012

:: Senarai barang keperluan bayi untuk mommies baru ::

Tajuk tak bleh blah..haha

Saja je I nak taip pasal ni coz I tengok semakin ramai yang duk intai-intai pasal senarai barang keperluan bayi baru lahir..I guess ni mesti new mom yang mengandungkan anak sulung, kan...

Ok, mommies...
Meh I share kat u pengalaman I time mengandung, dan seterusnya memberanakkan Luthfil Hadi 4 bulan lepas.

BTW, barang keperluan yang perlu u olls beli:

1) Pam yang berkualiti
 berdasarkan pengalaman I sendiri lah, I lebih mementingkan gadjet beby. For example yang paling dan sangat penting adalah pam. Pam susu yang berkualiti ni sangat penting untuk mommies yang nak fully breastfeed sepenuhnya. Kalo mommies yang tak merancang nak bf beby, pam hanya penting sekadar untuk memerah breast yang bengkak ( bengkak susu ) sepanjang dalam pantang.

Pengalaman saya, oleh kerana saya memang nak bf beby sepenuhnya ( untuk sekurang-kurangnya 1 year) jadi saya beli medela PISA. Skang ni mommies, macam-macam jenis pam yang ada kat pasaran. Macam-macam brand. Tunggu sedia duit je. hehe. Tapi harus diingat, pam yang mahal, tak semestinya berkualiti, dan pam yang murah tak semestinya hampeh.

For example, masa dalam pantang sebelum my medela PISA sampai, saya gunakan pam anakku. Pinjam kakak punya. So far, anakku for me suction nya bagus, dan sedap nak pakai. Tapi barang manual ni, kena korbankan masa dan tenaga sketlah.hihi.


So far, ramai yang guna medela FS. Saya pun tertanya-tanya gak nape encik asben tak belikan saya medela FS instead of PISA? Katanya FS mahal. Bila saya check rega kat kedai, beza 1-200 je pun dengan PISA! Alahai encik asben! Tapi ye lah tak bleh salahkan dia gak, kan. Masa nak beli tu both of us still zero knowledge bout pumping and pum ni. Gi kedai, juz tanya pendapat salesgirl je, Jadi mestila bengong-bengong kan.

Maybe ada mommies yang tertanya-tanya PISA tu ape, FS tu ape kan...PISA is pum in style advance. Manakala FS stand for free style. So PISA ada 2 corong pam, gunakan letrik, dan chargeable macam laptop gak. FS pun sama, cuma diperbaikpulih menjadi free style. Bunyi FS pun lebih slow daripada PISA.

SPECTRA 3

Ok, talking bout bunyi, so far yang paling bagus dalam bab bunyi ( tak bunyi langsung ) is spectra 3 @ nama pendeknya S3. Rega pun lebih murah, dalam 300++ je. Letrik, tapi takleh recharge. So kalo nak guna, kena cari suis lah. So far, kawan-kawan yang guna s3 cakap, suctionnya pun bagus.

Kalo manual plak, saya tengok ramai yang ambik AVENT. Tapi hati-hati la, skang banyak barang yang tak ori, so saya cadangkan mommies yang nak try avent, better beli kat stokis yang boleh dipercayai.

AVENT MANUAL

Saya preffer letrik sebab saya kan keje, jadi masa nak pam-pam ni terhad. So bila guna letrik leh la jimat sket masa. =)

2) Baby cot
Baby cot ni bagi saya tak penting sangat untuk 1st 3-6 months ni. Maksud saya, sebekum beby leh merangkak sendiri ni la. Pengalaman saya, saya lebih yakin nak tidurkan dia sebelah saya, iaitu di atas katil saya dan encik asben daripada tidurkan dia dalam beby cot. Sebab saya risau kalo-kalo beby lemas tanpa saya sedar.

Lagipun, beby baru lahir banyak bangun time malam. So sebab saya malas nak bangun dan angkat dia many times, jadi saya selesa biar dia tidur di sebelah saya. Tapi untuk masa yang akan datang sure la baby cot ni berguna sebab time beby dah lasak, katil kita akan jadi satu tempat yang paling bahaya untuk dia. Sebelum kita ambil risk dia jatuh, better kita letakkan dia dalam cot.

3) Pakaian
Dari segi keperluan pakaian, saya rasa untuk NB tak payah beli banyak sangat size ni. cukup sekadar nak pakai je. Beby memang membesar dengan sangat cepat. Bayangkan anak saya, mula-mula lahir, 3.3kg, then after 6 weeks je dah jadi 4.7kgs, pastu 2 months ++ 6.5kgs, and now, almost 4 months duno. Maybe 8kgs! So fikir-fikirkan lah kalo nak membeli baju tu..hehe..

Tu saje lah kot yang sangat penting dan new mommies mesti ada.

Mommies yang nak cari-cari pam, barang penyusuan, leh tengok sini. ataupun sini 

Semoga info ni berguna ye.

=)

1 comment:

kenariputih9727 said...

sebenarnya pam susu yang berkualiti memang bagi saya pon penting jugak. sebab bila kita kat rumah banyak keja surirumah yang kita nak kena buat.. ni tak terpakai bagi yag ada pembantu rumah le.. pam susu yang berkualiti insyaAllah memang akan banyak berjasa kepada kita nanti :)