Thursday, December 22, 2011

:: MODE rajin nak mengemas umah ::


Sejak dah masuk minggu ke 36 ni, hati semakin berdebar-debar je..Mane la tau beby nak kuar awal, kan..Tapi harapnya dia tunggu le kuar tahun baru..hehe

Last week checkup, dr cakap beby belom turun ke ruangan pelvis..Tapi sekarang ni, memang dah ada terasa sangat beby dah mula masuk sebab ari-ari terasa mencengkam semacam..Pastu sakit sungguh ler bila nak bangkit dari tido..Tu belum kira sakit belakang kat punggung lagi. Tapi aku malas la nak pk sangat, malas nak cakap kat en husband..Kang nanti dia ada je jawapan-jawapan olahan dia sendiri.

Tak tau la kot-kot dah nak dekat bersalin, kan? Maklom je la ni beby first. Readers lain macam mana? Ada tak sama dengan aku :

1) Sakit and mencengkam kat ari-ari
2) Beby selalu mengeras
3) Pinggul rasa berat semacam
4) Kencing tak lawas @ selalu nak terkucil
5) Banyak makan sbb selalu lapar
6) Tak lena tido
7) Sakit belakang

Tapi dalam sakit-sakit saya tu, saya jadi semakin rajin plak nak masak, membersih umah, termasuk menyental dapur, membasuh baju dan nappy, kemas baju-baju dalam almari,memang takkan dok diam laaa..Hubby tanya, " gano rajin ni?"
Aku jawab; " Entah,,nok branok doh kot."

=)

Ni antara info aku ambek dari beby centre :

Bolehkan saya tahu jika perlahiran akan berlaku dalam masa terdekat?
Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi perlahiran sehingga sebulan sebelum perlahiran. Apabila perlahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.






Tanda-tanda pelahiran yang lain termasuk:


•ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);


•pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);


•pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);•dan kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.


Lagi info aku ambik daripada http://www.ehow.com/about_5163972_signs-baby-dropped-pelvis.html


Breathing Easy After Lightening

At the end of pregnancy, the baby has grown significantly and is pressing against many of the woman's vital organs, including the rib cage, making it extremely difficult to breath; at this point some women feel they can't catch their breath. Givingbirthnaturally.com refers to the term "lightening," indicating the baby has dropped from under the rib cage, giving relief from the pressure on the rib cage and allowing for deeper breathing and for easier expansion of the rib cage.



Frequent Urination

Ann Linden, a certified nurse-midwife with BabyCenter.com, finds that many women will have to urinate frequently after the baby has dropped due to more pressure against the bladder. The baby is taking up more room in the pelvis, causing a woman to feel uncomfortable when walking. Linden says it is impossible to determine when a baby will drop because every pregnancy is unique and not all women will have the same symptoms.



Space of Baby in Uterus

The positioning of your baby changes when it drops into the pelvis, and epigee.com tells us that during lightening, the baby rotates in preparation for childbirth. The baby is positioning itself in a face down position and is getting ready for life outside the womb. There will be a space between the breasts and the abdomen once the baby has dropped into the pelvis.


pressure on the Bowels

When a baby has dropped into the pelvis and away from the rib cage, its head is now resting against the pelvic floor, adding extra pressure on the bowels. Givingbirthnaturally.com mentions this might make some women feel the baby is going to fall out or they may feel they need to empty their bowels. Feeling this extra pressure is another sign that the baby has dropped.



Heartburn and Hemorrhoids

Linden explains that along with the baby dropping into the pelvis, breathing becomes easier, and there might be relief from heartburn. This allows women to eat more, and feel less pressure on their stomachs, which eases digestion. Epigee.com finds that after a baby has dropped into the pelvis, women may notice hemorrhoids. A woman may also experience increased constipation and notice swelling of the feet and ankles.

Saturday, December 17, 2011

:: 35 weeks checkup ::

Hari ni pegi checkup beby untuk minggu ke 35:




Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

( Nop. Mine has been achived 3kg already.Puas hati?? hahaha..okeh...not funny......actually im bit stress rite now.

Mane yang tak stress nya, makan nasi memang tak lalu sangat dah sekarang since beby semakin menekan ruang atas dada..pastu dalam masa 2 minggu jek since last checkup beby 2.4kg, and tetiba skang dah 3kg!! O.M.G!!

Dr lagi-lagi terkejut, dalam urine ada 4 simbol ++++ gula..Pheww...Banyak tu~. Dan dr pun tanya jugak, pe yang aku makan? Aku cakap la, this morning before datang checkup makan sandwich, minum air kosong, bla..bla..bla.. How bout past few days?? Hem...ingat-ingat balik, yes...aku minum susu coklat kotak..and bedal durian musang..haha..ni la natijahnya bila makan tak beringat!!!

Dr pun explain la, kalo 4kg, ok, buleh dimaafkan. Tapi if lebih, sangat bahaya..Beby besar, and boleh lemas dalam perot. Mak aih...Takotnya aku dengar..Komplikasi beby besar sangat bahaya.. Dan lagi bahaya suddenly aku ada plak low B.P. Waaa....

Cian nye anak ibu..patotla ibu pun rasa terik semacam. Ghupanya dah tak muat ek? Dah tu, awak tu yang besar sangat...cepat je besar..hihi )



 Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

( Ye yang ni dah memang sangat dah sekarang ni. Bila kaki dia naik ngan lutut-lutut sekali, ambik ko..menerik macam timun cina..So tak heran la, memang ko akan dapat pun rekahan kat perut..pakai la losyen pe skalipun..Time terik tu yang sakit sampai ke belakang. Tapi dr check tadi, kepala blom masuk ruang pelvik lagi..Alahai anak ibu..gentleman sungguh..Lambat lagi ke awak nak kuarnye? )


Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.
( I wish i could see..hehe )



Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini.

( Yela..harap-harap dah tak nek lah pasni...2 minggu 2kg? erk??? )

 Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar.
( Takde terbonjol.Ni la kelebihan orang berpusat dalam..hihi )

 Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

( Ye la..sangat tak selesa bila nak tido..rasa macam takleh bernafas..and sometimes saya terpaksa tolak-tolak kaki dia kat dada tu dengan harapan dia kasik saya can nak bernafas..Tapi bila saya buat gitu, cian plak dia..bergeliut-geliut cuba nak alihkan kaki..Cian sungguh anak ibu..tak muat eh..hihi )









sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/35-minggu/

Thursday, December 15, 2011

:: Kontraksi Palsu @ Braxton Hicks ::


Gambar sumber google jek!!



Semangat betol hujan-hujan ni nak basuh baju beby. Seb baik juz kecap-kecap je dalam larutan nappyklean. Tapi jenuh jugak la sebab banyak yang nak kena basuh. Kecik-kecik plak tu..

Entahnya, orang tua-tua cakap, kalo semangat datang nak membasuh tu, tu tandanya dah tak lama la tu beby nak kuar..InsyaAllah...Sekarang pun baru je 35 minggu.

Risau gak la sekarang ni beby asyik nak main-main je..jap-jap  sakit, jap-jap ok..kang malam-malam takleh tido..kang tido seharian tak bangun-bangun..Pastu asyiknya dok mengeras je kat atas pewot ibu..Paling risau time sakit hubby takde kat umah sebab outstation..tu next week kena ikot dia p sekali la nampaknya...

Sekarang ni jalan pun tak larat sangat..cepat sangat mengahnya..nak masak best-best pun tak de kudrat dah..beby akan cepat bagi signal panas..Lagipun nak makan memang takde selera sangat pun..takat nak kasik beby kenyang then tido je la.

Bila kawan tanya, dah ada contraction ke? Aku tak reti nak jawab..sudahnya aku google je..Ni la yang cik google jawab:


Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
 

 
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
 
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

 
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

 
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?


 
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
 
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

 
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

 
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

 
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

 Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:


1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya

2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang

2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH

4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan



 

Jadi sudahnya, apa yang aku kerap rasa ni maybe la BH.Wow..dah tu yang sakit-sakit belakang tu apebenda plak ek?

Hem.....

Tuesday, December 13, 2011

:: INFO: Keadaan janin ketika berusia 6 bulan & tangisan bayi ketika lahir::

Semakin bertambah minggu, semakin hati saya sangat berdebar-debar. Sementelah banyak versi cerita yang saya dengar daripada kawan-kawan tentang pengalaman bersalin. Ada yang sangat mudah, ada yang beby tak nak keluar sebab jalan tak nak terbukak, dan macam-macam lagi sampai ada yang kena cesar. Sakitnya macam mana pun saya tak dapat nak gambarkan..Apapun, hanya doa yang dapat dititipkan semoga saya dan bayi akan selamat mengharung semuanya.

Disini ada sedkit info daripada pembacaan saya yang saya nak kongsi dengan readers blog saya. Tentang keadaan janin ketika berusia 6 BULAN.





Menurut info yang saya baca, ketika beusia 6 bulan, janin telah mampu menggerakkan dan membalikkan tubuhnya. Malahan, katanya, pada ketika itu juga janin mampu mengoyakkan selaput dan tabir yang membungkus dirinya. Dia berpindah daripada tempatnya ke mulut rahim. Dan jika janin cukup kuat, ia mampu keluar daripada selaput pembungkus atau dengan kata lain plasenta, iaitu terjadinya kelahiran pra-matang.

Namun keadaan sebaliknya terjadi jika janin lemah, janin masih mampu mengoyak namun tidak lah sampai terjadinya kelahiran. Malahan janin telah mengalami sakit selama 40 hari sehingga ia berusia 8 bulan.

Menurut info ini juga, janin mengalami sakit kerana ia telah memanjangkan selaput dan terlepas daripada plasenta yang sebelum ini melekat pada dinding rahim. Ini dapat dirasakan oleh ibu sesuatu yang sangat berat di bahagian bawah rahimnya.

Tangisan bayi ketika lahir menunjukkan yang bayi dalam keadaan sihat dan kuat. Sebaliknya, jika bayi meletakkan tangan, jari, atau ibu jarinya pada salah satu anggota tubuhnya, itu tandanya bayi merasa sakit pada bahagian tersebut.

Secara nalurinya , binatang sekalipun, menggunakan tangan, mulut, kepala atau ekornya bagi menunjukkan tenpat sakit yang dialaminya. Begitu juga halnya dengan bayi yang menurut info, oleh kerana bayi belum boleh bercakap, jadi dia mengisyaratkan dengan jari atau tangan kebahagian yang sakit.

Yeah, nanti kita perhatikan kalo-kalo beby sakit...=)

Saturday, December 10, 2011

:: CAPEK ::

Letih nak tengok sandiwara..
Letih jugak TERPAKSA bersandiwara di depan mereka.
Pura-pura segalanya baik dan lancar.
Sedangkan hakikatnya, hanya hati aku yang merasakan keabnormalan yang berlaku.
Kepincangan.

Day 2 at kampung.
Day 1 dah berlalu dengan 1001 rasa.
Yang membaca mesti komen, apa aku ni..kampung sendiri pun nak komen.
Bukan aku dah jadi lupakan daratan mentang-mentang baru setahun jagung 'hanyut' di kota.
Bila berada di kota, atau lebih tepat lagi berjauhan dengan kampung, baru la kita dapat merasakan aura-aura yang sepatutnya.
Aura kerana meninggalkan kampung.
Ada yang bertuah kerana lama meninggalkan kampung tetapi kampung tak pernah meninggalkan mereka.
Ada juga yang macam aku.
Bosan, rimas, panas punggung untuk terus di kampung.

Aku cakap pasal hayat sekarang.
Jangan kira hayat dulu time arwah masih ada, dan aku masih belum berbagi kampung.
Time tu indah.
Walaupun kadang-kadang aku bosan dengar arwah berleter.

Ok straight to the point je la.
Senyum dan tawa jelas keternampakkan tidak ikhlas.
Undang dan pertanyaan pun sama.
Hanya semata-mata nak pecahkan kaku yang ada diantara aku dan si penanya.
Aku tak salahkan penanya.
Aku pun bersalah, kerana memilih nak jadi kayu.
Bersalah kerana memilih nak jadi pendingin di cuaca yang panas.
Bersalah kerana memilih nak lebih mementingkan hati sendiri daripada hati si  penanya.

Ah, persetan kan la sume nya...
Tapi nak persetan macam mana?
Mata yang melihat situasi, otak yang mencari jawapan, hati yang merasa bengkeng, malah telinga yang belum nak tuli sentiasa berfungsi dengan baik.
So, cannot juz easy say, PERSETANKAN.
Tolong la hambaMu ini Tuhan.
Aku dah penat.
Kecapek-an.
Tolonglah.
Bimbing aku keluar ke jalan yang benar.

Wednesday, December 7, 2011

:: Demam ::

Sedih tengok dia terbaring je dari semalam..
Bangun pun hanya untuk mandi, makan dan  sembahyang..
Celik mata kejap-kejap je untuk tengok tv.
Sesekali tangan dia hug juga kuat-kuat walau badan dia panas..
Dia cakap dia rindu.
Huh!!
Aku lagi la rindu..dah tu dia asyik terbaring je...

Semalam after dia balik keje dalam hujan, after makan nasi bungkus, after semayang isyak, dia mengadu sendinya sakit-sakit.
Aku ingat dia lenguh biasa sebab naik motor dalam hujan.
So aku juz urut-urut biasa je..
Gosok-gosok belakang cuba tenangkan dia.
Then dia terlelap.
Tu pun kul 2 lebih pagi dia mendengus-dengus.
Aku hug dia kuat-kuat even beby tendang-tendang tak selesa.
Badan dia panas gile.
Aku dah takot sebab dia mengigil-gigil macam nak sawan.

Aku paksa jugak dia  telan pandol.
Bungkus dia dalam comforter.
Tutup aircond.
Dia tertido, tapi aku plak terkelip-kelip takleh nak tido.
Panas weh!!
Tak tau kul bape aku pun terlelap.
Sedar-sedar dah subuh.

Tu pun after Subuh aku bantai tido semula.
Kat ruang tamu depan tv.
Kul 10 baru bangun terus mandi, and goreng kan telur untuk dia.
Dia MC.
Kul 12 lebih dia tido smula after telan panadol.
Sebelum tu aku ajak gi klinik dia takmo.
Katanya tak macho lelaki pegi klinik.
Kalo dia memang banyak sangat alasan.
Cuba kalo aku yang demam..memang dia akan paksa sampai aku rela.

Tik tok tik tok, tadi belum kul 10 dia dah terlelap.
Makanya terkebil-kebil la aku sorang melayan perasaan.
Beby pun dah tido.
Aku bila lagi nak tido??
Mata tak mo ngantut plak malam nih...............
Hum.....................................

Tuesday, December 6, 2011

:: Abah, suami dan Saya ::

Thursday ni nak kena balik kampung! Then Friday nak kena buat solat hajat kat umah mentua. Solat hajat untuk beby ( melenggang perut ).  Orang lain 7 bulan dah buat, saya?? Dah masuk 8 bulan baru nak buat..
1) Kekangan masa
2) Takde hati
3) Mood rosak

Saya cite bukan nak bukak pekung di dada sendiri..Akan hakikatnya, hampir 3 tahun kawen pun, saya tak pernah merasai nikmat menjadi seorang anak kepada mentua.
Kalau saya balik kampung, ada saja benda yang akan timbul.konon saya bukan menantu apatah lagi anak yang baik...

Kadang-kadang, saya menangis sendiri..masih meneka-neka, mungkin kalau arwah mama saya masih ada, keadaan takkan macam ni.
Saya ni orang yang tak punyai mak. Abah saya dah 2 kali kawin lain. Even of that, saya pun tak merasai kasih sayang seorang mak dari ibu tiri.

Cuma dulu, time blaja, ayah saya kawin dengan arwah mama Yah, sempat la merasa sket bahagia..Di manjai, di ambil tahu..
Bila mama Yah meninggal sebab penyakit diabetis, abah pun kawen lagi..kali ni dengan tokey gerai celup-celup. Kami adik beradik awal-awalnya sangat menentang. Sebab saya sendiri tengok Mak Pah ni semacam..
Tekaan kami semua memang betul.

Awal-awal kawen je dia ambil berat keadaan kami semua..Jaga makan pakai abah..
Masuk tahun kedua perkahwinan, tiap kali saya balik kampung, apa yang saya lihat hanyalah pemandangan yang menyakitkan mata dan hati.

Kesimpulannya, dia tak lebih kepada hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang abah ada..
Sekarang ni lagi la saya kesian tengok abah.
Kak Ros kata, mak Pah dah tak masak untuk abah lagi..Jauh sekali nak jaga pakai abah..
Badan abah berbau pun dia tak kesah.
Makan abah tak cukup lagi la dia tak kesah.
Saya macam boleh mengesan sesuatu yang tak kena.
Kalau saya balik, dah saya hulurkan duit, maka senyum simpullah orang tua tu.
Kalau saya tak hulur pape, topeng mukanya akan terus terserlah.

Tiap kali saya nak balik KL, abah akan mintak duit..kalau saya buat tak ingat, dia akan ketuk2 belakang saya, mintak duit belanja.
Sekali dua, saya tak kisah...apa sangat nak berkira dengan abah...Maka saya akan hulur sedikit sebanyak..
Dulu, paling kurang RM200 saya hulur..Kalau bukan saya hulur, husband akan hulur. Paling kurang RM400.Tapi sekarang ni saya mesti mula berkira..sejak husband tak lagi terasa nak menghulur..Saya tahu kenapa, dan saya tak salahkan dia...

Anak yang nak keluar ni pun nak kena fikir..Tabungan masa depan beby dan saya sendiri.
Belanja di bandar besar macam Shah Alam pastilah menuntut bahagian yang besar.
Walaupun banyak suami yang menghulur,dari segi makan dan pakai, malahan kereta, rumah dan bil,saya pun kena beringat-ingat. Duit gaji saya mestinya untuk disimpan demi masa depan memandangkan suami tak lagi dapat menyimpan.
Kondisi suami sangat kritikal sejak dia bukak construction companynya sendiri.
Itu pun saya kena fikir.
Tahun depan, belanja semua kena lebih catuan.
Rumah, kereta, anak, tabungan, bil-bil, makan pakai semua.

Sejak saya hulur kurang dari RM200,Abah selalu perli saya kepada kakak-kakak.
Katanya gaji husband beribu-ribu, gaji saya pun beribu-ribu, nak hulur duit pun berkira-kira.
Saya kecik hati.

Hati saya tertanya-tanya.
Kenapa abah macam tu?
Mungkin sebab sebelum ni terbiasa saya duk bagi banyak-banyak, jadi bila makin berkurang, dia mula rasa saya berkira.
Saya dan husband bukan la orang kaya. Gaji besar belum tentu cukup menampung kami di bandar.
Lainlah abah..apa sangat keperluan di kampung, dengan rumah tak perlu dibayar, bil-bil RM20-RM30 sebulan, belanja makan lebih rendah, anak-anak dah tak perlu ditanggung.

Abah bukan takde sumber pendapatan. Wang SOCSO masuk tiap-tiap bulan. Paling kurang RM600++. ( Mungkin lebih lagi saya tak tahu sbb abah merahsiakan ).
Pencen arwah mama Yah pun abah yang dapat. Paling kurang RM1000++.
Tahun lepas abah bersungut nak van untuk memudahkan dia buat kerja konon nak bawak budak-budak sekolah. Boleh la dapat sen dua kata abah..

Walaupun saya tak menggalakkan abah buat kerja kerana faktor umur, saya masih rasa kesian dengan abah..
abah bukan orangnya jenis yang suka duduk diam. Katanya kalau cuma berehat, dia akan mudah dapat penyakit.
Jadi saya support sedikit duit untuk abah beli van. Lagipun saya rasa dah sampai masa saya perlu balas jasa-jasa abah selama ini kepada saya.Dengan pendahuluan saya, dapat la abah van idaman nya sekian lama. Awal-awal saya tengok abah gigih angkut budak-budak sekolah..Tapi, bila 2-3 kali saya balik, takde perkembangan yang bagus dengan vannya , saya bincang dengan suami untuk tolong abah dengan cara lain. Husband kemudiannya hulur modal, untuk abah buat ternakan ayam kampung.

Sekali dua balik kampung ada jugak perkembangan yang baik, walaupun ayam kampung tu masih kecik, tapi kali ketiga balik, saya dan husband sangat putus asa bila diberitahu ayam tu semua nya mati. Saya buat diam. Husband pun putus asa. Entah di mana silapnya. saya pun tak pasti.

Tiap kali saya balik, abah mesti nya mengadu van rosak. Nak duit sebab nak baiki van. Pernah sekali, saya cakap takde duit dah nak bagi..Last-last dia call mintak no telefon husband nak pinjam duit. Dan pertama kalinya saya tengok riak muka husband berubah. Tahulah saya dia dah tak nak tolong abah. Saya keluarkan duit simpanan, bagi abah pinjam..tapi dah hampir setahun abah belum pulangkan duit saya. Saya pun tak minta, cuma tunggu dan lihat saja.

Tiap kali saya balik abah bagi janji palsu..konon duit hasil pembahagian harta arwah mama Yah abah akan dapat tak lama lagi. Abah kata nak bagi saya sket. Saya cakap kat abah, saya tak nak..kalau dapat, abah simpan la duit tu, paling tidak abah boleh gunakan untuk naik haji. Duit yang abah pinjam dengan saya, tak perlu la fikir kalau duit takde nak bayar semula. Sebenarnya saya dah halalkan duit tu, cuma saya nak tengok sejauh mana abah berusaha untuk membayar hutangnya kepada saya. Abah jugak kata nak bayar semula. Bukan saya yang mintak pun. Dan dah memang niat saya kalau abah nak bayar, saya takkan ambil. Sebab saya dah halalkan.

Bulan ke bulan, nak masuk tahun baru dah, masih takde perubahan dengan abah.. Van bergerak, tapi untuk kepentingan mak Pah dan anak-anaknya sahaja..bukan untuk angkut orang macam yang abah pernah cakap dengan saya. Tiap hujung bulan, kakak akan mengadu dengan saya, katanya abah selalu meminta wang. Nak buat makan, nak isi minyak, nak baiki van, ada saja alasan abah.
Mak Pah pulak bukan takde sumber nak bantu kewangan abah..jualan kuehnya bukan sedikit..tender dengan KADA membolehkan dia renovate dapurnya jadi lebih besar dan selesa untuk kemudahan dia buat kueh. Tapi saya dengar kakak cerita, dia tak penah nak bantu belanja dapur. Kalau abah tak beli berang keperluan, maka dia  pun takkan beli..malah sanggup pula dia menjamu anak-anak dia makan, sedangkan abah merempat cari makan rumah kakak.

Abah tak pernah telefon saya bertanya khabar. Hanya sekali telefon, untuk pinjam duit. Selebihnya, kalau dia perlukan duit, dia akan titipkan pesan kepada kakak saya. Kalau saya tak kirim, maka kakak saya yang akan tertekan. Sebab abah terlalu meminta-minta.

Saya bukan tak kesian kat abah. Tapi saya hanya mampu berdoa semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki. Saya dah tak mampu untuk menolong abah macam dulu. Umur macam abah, sepatutnya bersenang lenang dengan duit pencen, duduk rumah goyang kaki saja. Tapi abah sentiasa mencari sesuatu yang abah tahu dia takkan dapat. Kesudahannya, abah bukan saja menyusahkan diri sendiri, malahan anak-anak nya juga.

Ini kisah kampung abah. Kampung mentua lain pula ceritanya.
Nanti-nanti la saya cerita.
Sekian.

Monday, December 5, 2011

:: Ombak Rindu ::


Saya lupa bila kali terakhir saya baca novel ombak rindu karya Fauziah Ashaari  ni..Tapi time tu tak silap saya 5-6 tahun lepas kot...so jalan citenya saya dah lupe..
Kebetulan ada pesta buku kat karangkraf seksyen 15, saya ambik kesempatan beli novel ni dan baca lagi.
Baru la saya ingat, rupanya saya baca tak habis pun sebab jalan cite novel ni sangat meleret-leret dan membosankan.
Saya paling tak suka ada part orang kaya-kaya, Tan Sri, Datuk Datin..
Kenapa la pengkarya kita tak cuba buat cite yang ala-ala kampung...
tentang kehidupan seorang nelayan ke contohnya...
bagi saya paling best macam tu...
Tapi saya tak leh deny lah..novel dia best seller sebab tu la terjual 150 ribu lebih  unit.



Bukan senang nak ajak dan nak mintak dibelanjakan  en suami  menonton movie ombak rindu...
Sepatutnya 1 hb lagi saya dah pegi tengok...tapi en suami tak benarkan saya.
Berhari-hari pujuk dia, maybe dia kesian, so semalam dapat la saya tengok cite ni...
Tapi dia sempat cakap, kalo tak best, saya kena return semula duit tiket!!

Kesimpulan saya,
walaupun cite ni banyak jugak yang kena potong macam kawan saya cakap,
bagi saya ia terbaik!!

Memang patut pun dia potong part2 yang tak perlu, memandangkan ia adalah sebuah movie yang berdurasi 2jam 1/2.
Saya tak leh bayangkan kalo ada part2 yang Izzah sambung blaja, the part Izzah menumpang umah Bonda Musliha, Izzah keluar makan dengan kawan-kawan sekuliah, then kawan dia yang cuba tekel dia..argh...mesti bosan jugak cite ni kan...

Pastu ada banyak part yang telah ditukar..
Contohnya dalam movie, mak sedara Izzah sakit barah and perlukan pembedaha segera...
dalam novel mak sedara dia digambarkan seorang yang takde hati perut sama macam pak sedara dia...

Part Izzah mengandung, dan keguguran telah ditukar dalam movie sebaliknya kandungan tu tak gugur.
Part parents Izzah yang mati kemalangan...sebaliknya hilang di laut dalam movie.
Dalam novel watak Haris tu keterlaluan dan melampau...
Yang membayangkan Hariz ni seorang yang emosional.

Dan kesimpulannya memang movie la yang terbaik...
Watak ustazah yang dibawa Maya Karin tu sangat sesuai..
Dalam novel Izzah ni tak pakai tudung pun...

Kalo husband pun puji best, so apa nak kata lagi?
=)

::33 weeks checkup::


Sekarang ni dah rasa sangat beby semakin memberat. Beby semakin aktif, maybe la sebab dah sangat besar and tak muat kantung, and sometimes rasa dia buat kuak lentang.hihi.

Hubby pun haru semacam bila malam-malam time saya dakap dia erat-erat, beby akan kasik tendangan-tendangan kecik..hihi...maybe sebab terhimpit dia kan, so dia kasik warning kat ayah..

So bila time tido tu, takleh nak mengiring sangat..tapi nak menelentang pun tak boleh sangat sebab nanti dia timbul kat atas perut, saya pulak yang senak sebab dia berat. Bangun pagi, mesti sakit belakang sangat-sangat.



Few days ago, pegi checkup, doc cakap berat beby dah 2.4kg.Terlebih berat dah sket...Kang dah nak bersalin nanti, kemungkinan nak pegi ke 3.6-3.8kg tu tinggi. Alahai, tak kisahla..yang penting tu menunjukkan beby saya sehat!! Tak gitu? Tapi betol la agaknya minuman berais tu tak elok sangat untuk beby, kan? Dah tu nak wat cane, that day orang kata minum susu anmum kerap sangat tak bagus jugak, bimbang beby besar..so saya kurangkan pengambilan susu. Obimim memang langsung saya tak makan. Tapi beby pun still besar..Em...kalo dah baka besar2, memangnya beby pun besar daa...yang tu tak leh nak deny!!





Ada buku yang saya baca said, after dia turun ke tulang pelvik ibu, dia akan merasa sangat sakit selama 40 hari sampai la hari dia keluar nanti....Sbb tu la bila rasa sakit sangat-sangat, saya cuma tenangkan diri..even sesekali termengeluh sebab sangat sakit...Saya cuma membayangkan saya sangat sakit, inikan pulak beby yang masih kecik dalam perut yang turut merasakan sakitnya..So tenang and sabarkan diri je lah..Sebab tu lah pahala seorang ibu sangat berganda.

 =)